Monday, August 8, 2011

Mizi Sports Centre

As-Salam.

*kata Busy tapi boleh pulak kau nak update blog?* -curi masa sebab boss pegi meeting kat Bank Negara-

Nak share pengalaman aku shopping kat Mizi Sports Centre, Prima Gombak.

Al-kisahhhh, adik aku si Azam nak beli selipar dan hasratnya disuarakan sejurus lepas buka puasa Sabtu 06hb Ogos 2011.

Nak ke Mizi Sports Centre katanya.

Semua ahli keluarga diheret sama *macam kejam pulak si Azam ni*

Ibu, aku *kakak sulung yang hebakkk*, Azam, Azim, Adin & Danish Muszaphar.

Parking je kereta, terus kami sekeluarga serbu Mizi Sports Centre itu.

Mata aku meliar nak usha-usha kasut untuk Danish.

Rupanya, si kecik tu dah sampai dulu.


Busted ! Hihi, dia pilih sendiri, pandai kan? Baru 2 tahun tapi dah tahu bergaya. Later aku tunjukkan gambar-gambar dia ni bergaya. Macam orang besar I tell you :)


Ni lah kasut yang Danish pilih dan hasil persetujuan semua ahli keluarga. Adidas, RM89.00 saja dari harga asal RM99.00.Ramah betul staff yang attend aku masa pilih kasut Danish.Dia amik stool, bagi Danish duduk. Melompat pulak si kecik ni sebab takut orang, *haiyoo*.Aku mintak size 7 & 8 sebab tak pasti size sebenarnya kaki Danish.Selang 2 minit, dia keluar dari store room *agaknya* dengan 2 kotak kasut.Dicubakan nya ke kaki Danish kasut yang size 8, longgar. Danish jalan pun kaki terkeluar. Sarung pula size 7, ada longgar sikit je berbanding tadi. Okey la kot.

Danish dah melompat-lompat happy dapat ashut aye bayu *kasut raya baru*

Tunggu Azam settle beli selipar jenama Adidas jugak. Ibu belikan windbreaker Adidas untuk Awie pegi kerja. Naik motor kan, sejuk.
Aku sempat tengok kasut bellerina Adidas *aku main tembak je*, santekk la, warna putih, RM145.00 after discount. Kena mintak dengan MRAS ni. Takde daya usaha sendiri langsung. kuikuikui :p

Selesai membayar, kami balik ke rumah dengan hati riang dan gembira.

Antara faktor yang meriangkan hati kami :-
* layanan staff Mizi Sports Centre di cawangan itu sangat memuaskan, layan pelanggan dengan penuh sopan dan ramah.
* servis pencarian barang yang diinginkan di store room mereka sangat laju.
* kedai sangat bersih.
Dannnnnn.....dapat paper bag cantikkkkkkkkk !


Tadaaaaaaaaaa ! Tengok...sapa ada kat situ.Safee Sali, Khairul Fahmi, Safiq Rahim & Aidil Zafuan -Heroes pujaan masa kini.

Meh kakak closed up sikit.




Suke kan? Kakak lagi suke ! *gewdix amat*
Dan sebagai penghargaan, saya Like Mizi Sports Centre di Facebook dan post ini di wall fan page mereka.

Aku suka menghargai perkara-perkara yang baik macam ni. Sekurang-kurangnya ini encourage mereka untuk terus memberikan layanan yang baik pada pelanggan mereka.
Aku pun pernah bekerja di service line macam ni. Sangat best sebab kita akan kenal dan hadap macam-macam perangai pelanggan. Ada yang baik, ada yang tak, ada yang cerewet dan segala. Alaa, bila kita sendiri jadi pelanggan pon kita bersikap macam ni, jangan tipu dengan berkata "ehhh, mana ada." no no no no, tak baik tipu kakak :p
Okey la, kakak nak sambung kerja. Hihi, apasal jadi kakak la sangat ni?
Bye...see you on next entry.

No comments:

Post a Comment

Nak Nyampuk sikit Cik Ieda oii