Wednesday, August 17, 2011

Dendang Perantau

:: Di Hari Raya...

terkenang daku kepada si dia...

kampung ku indah nun jauh disana

Ayah serta Bondaku::


Apa kes belum raya lagi kau dah nyanyi Dendang Perantau?

Huuuuu, aku outstation hari ni. Bukan setakat hari ni, akan memanjang hingga ke 24hb Ogos 2011. Lama kan? Memang lama. Terpaksa tinggalkan keluarga demi tugas yang diamanahkan. *Bapak skema ayat mukadimah aku* I'm away from my family kerana kerja. I don't mind actually.

Oh correction, I mind actually. Sebabnya, kali ini aku terpaksa tinggalkan Ibu dalam keadaan yang tak begitu sihat. Demam dah melarat seminggu, takde reason yang kuat macam orang selalu kata "musim demam la sekarang", "cuaca tak menentu ni, tu la orang asyik demam". Adik aku si Azam pon demam sama. Selalunya, dia ibarat pengganti bila aku tak ada di rumah. Segala keperluan dan kepentingan Ibu kami dua beradik sangat utamakan. Kami berdua la peneman Ibu jika ada urusan penting di Bank segala. Sungguh risau tapi harus juga mengutamakan kerjaya.

Sabar ye ahli keluarga semua, aku akan pulang pada 24hb Ogos ini dan keadaan akan kembali seperti biasa ya. Sayang kalian.

Tolong jaga diri masing-masing, sementara Along dan Ayah jauh ni. Kami akan pulang tak lama lagi.

Mungkin masa balik dari outstation nanti, aku nak dengar dan nyanyi Dendang Perantau sampai letih. Ye la, aku terikat dengan kerja..pegi outstation dan balik di kala raya hampir menjelma..tak macam merantau ke? *sila ketawa hingga menangis dengan lawak bangang aku ni*

Okay, back to work.

Doakan keselamatan aku bersendirian di sini. ManaMauNyeee hanya akan tiba esok.

Macam mana la berbuka puasa dan bersahur sendirian? Aku akan menghadapinya sekejap lagi. Dah bergenang airmata aku. :'(

No comments:

Post a Comment

Nak Nyampuk sikit Cik Ieda oii