Wednesday, August 17, 2011

Dendang Perantau

:: Di Hari Raya...

terkenang daku kepada si dia...

kampung ku indah nun jauh disana

Ayah serta Bondaku::


Apa kes belum raya lagi kau dah nyanyi Dendang Perantau?

Huuuuu, aku outstation hari ni. Bukan setakat hari ni, akan memanjang hingga ke 24hb Ogos 2011. Lama kan? Memang lama. Terpaksa tinggalkan keluarga demi tugas yang diamanahkan. *Bapak skema ayat mukadimah aku* I'm away from my family kerana kerja. I don't mind actually.

Oh correction, I mind actually. Sebabnya, kali ini aku terpaksa tinggalkan Ibu dalam keadaan yang tak begitu sihat. Demam dah melarat seminggu, takde reason yang kuat macam orang selalu kata "musim demam la sekarang", "cuaca tak menentu ni, tu la orang asyik demam". Adik aku si Azam pon demam sama. Selalunya, dia ibarat pengganti bila aku tak ada di rumah. Segala keperluan dan kepentingan Ibu kami dua beradik sangat utamakan. Kami berdua la peneman Ibu jika ada urusan penting di Bank segala. Sungguh risau tapi harus juga mengutamakan kerjaya.

Sabar ye ahli keluarga semua, aku akan pulang pada 24hb Ogos ini dan keadaan akan kembali seperti biasa ya. Sayang kalian.

Tolong jaga diri masing-masing, sementara Along dan Ayah jauh ni. Kami akan pulang tak lama lagi.

Mungkin masa balik dari outstation nanti, aku nak dengar dan nyanyi Dendang Perantau sampai letih. Ye la, aku terikat dengan kerja..pegi outstation dan balik di kala raya hampir menjelma..tak macam merantau ke? *sila ketawa hingga menangis dengan lawak bangang aku ni*

Okay, back to work.

Doakan keselamatan aku bersendirian di sini. ManaMauNyeee hanya akan tiba esok.

Macam mana la berbuka puasa dan bersahur sendirian? Aku akan menghadapinya sekejap lagi. Dah bergenang airmata aku. :'(

Monday, August 15, 2011

Serabut

Okay, mood aku off hari ni.
Bengang ya amat.
Like fish je aku nak mengamuk.
Berdoa agar diberikan kesabaran.
Walaupun ia semakin menipis hari ni.
Grrr...

Thursday, August 11, 2011

Tak Tahu Antara Dua

Gile kan tajuk entry kali ni? Hahaha...memang gile.

Yes, aku tersepit antara dua perkara, orang dan barang.

Perkara- Harus bekerja sebumbung dengan MRAS atau cari kerja lain memandangkan kami merancang untuk berkahwin tak lama lagi. I'm not in the mood nak beralih kerjaya sebab aku sangat suka dengan kerja aku sekarang *lah sangatttt*.

Orang- Antara MRAS dan seseorang lain. Confusing. Dua-dua aku sayang. Istilah sayang ni agak global, sesiapa pun kita boleh sayang. Okay la, aku kata kasih. Kasih ku tertumpah pada seseorang yang lain sejak lama dulu. Okay, tutup cerita, kang jadi issue :p

Barang- Antara kereta Honda Civic atau Satria Neo, dua-dua instalment mencekik darah. Honda Civic dalam RM1K ++ dan Neo pulak RM550.00. Aku suka bergaya sporty dan mewah. Gile la kalau amik Civic, bulan-bulan makan pasir Mak, Noks ! Kalau Neo tu, kira mampu lagi lah. Ni kena bincang dengan family dan MRAS jugak. Risau gak aku tak daya nak tampung belanja hidup sendiri kalau dah tanggung instalment kereta. Kalau gaji naik, sedap jugak. Tehehe :D

Pening kepala untuk memenuhi kehendak dan keperluan. wahh, macam belajar Ekonomi Asas je. Kereta ni keperluan sebab aku tak nak keep on gunakan kereta family aku. Segan dok, aku keluar dengan MRAS, guna kereta keluarga. Choppp, MRAS ada kereta ye. Hihi.

Mungkin aku perlu review monthly pocket expenditure aku. Baru boleh cerita pasal beli kereta :)

Okey, boss dah usya...chalo dulu :)

Wednesday, August 10, 2011

Sakit Lagi

As-Salam

Pagi semalam right after sahur, aku di serang cirit-birit. Berlari ke tandas dibuatnya !

After done business kat tandas, amik wudhuk dan tunaikan solat Subuh. Selesai itu, terus sambung tidur.

Perut rasa tak selesa, ke tandas lagi. Haihh. 3-4 kali sebelum jam 07:00am.

Terus siap-siap nak ke kantor (office) tapi perut masih tak elok.

Mengadu kat Ibu. Ayah kata tak payah la kerja, kang melarat macam mana.

Masuk tandas lagi. Tension.

Dekat pukul 10:00am macam tu baru perut aku lega sikit.

Ibu ajak pegi klinik tapi aku tidur. Penat dowh berulang ke tandas. Rasa dehydrated. Lemah rasanya.

Sudahnya aku spend masa berulang ke tandas dan tidur. Sungguh tak larat.

...........................................

Buka puasa. Makan char kuey tiow. 1 setengah bungkus aku bantai. Lapar betol si domok ni.

Lepas settle solat Maghrib dan Isya', baru Ibu bawak pegi klinik.

Jumpa misi-misi vogue, Aten dengan Minn. Asyik gelak je.

Masuk bilik Dr. "haaa kak long, puasa-puasa sakit ni kenapa?"- sapa Dr Mazlan.

"Kena cirit birit la, Dr"- balas aku.

"Haaa, ni tangan pucat, muka pucat, sejuk. Mesti tekanan darah rendah ni"- kata Dr lagi.

Dr nak check tekanan darah. 2 kali check, ni lah hasilnya.





Ni tekanan darah aku. rendah kan?


Ni pulak denyut nadi. takla laju sangat.

Dr kata aku ni kurang vitamin, kurang gula, kurang rehat dan kurang makan. Chopp, kurang makan tu aku memang tak setuju. Aku makan banyak okay. Nama pon Domok. Harus makan hingga kenyang dan usap-usap perut ala-ala Garfield :)

Dr suruh baring dan dia nak check kondisi perut. Ditekan-tekan dibahagian pangkal perut..keras katanya. Sakit la bila ditekan.

Sah aku sakit perut sebab gastrik. Mujur takde muntah-muntah, tu lagi teruk. Boleh masuk hospital jadinya.

Disarankan aku berhenti diet. Ehhhh, mana ada aku diet. Malas nak kurus. Sekarang kan trend domok-domok :p

Dr bekalkan aku ubat gastrik, angin, sakit perut dan tahan muntah. Ubat gastrik kena makan hari-hari, lepas sahur dan lepas buka puasa.

I think the best solution is kahwin. Sure takde sakit-sakit macam ni. Penat being sick.

Ahhh, dah mengarut ni. Okey lah, nak sambung kerja

xoxo :)

Monday, August 8, 2011

Mizi Sports Centre

As-Salam.

*kata Busy tapi boleh pulak kau nak update blog?* -curi masa sebab boss pegi meeting kat Bank Negara-

Nak share pengalaman aku shopping kat Mizi Sports Centre, Prima Gombak.

Al-kisahhhh, adik aku si Azam nak beli selipar dan hasratnya disuarakan sejurus lepas buka puasa Sabtu 06hb Ogos 2011.

Nak ke Mizi Sports Centre katanya.

Semua ahli keluarga diheret sama *macam kejam pulak si Azam ni*

Ibu, aku *kakak sulung yang hebakkk*, Azam, Azim, Adin & Danish Muszaphar.

Parking je kereta, terus kami sekeluarga serbu Mizi Sports Centre itu.

Mata aku meliar nak usha-usha kasut untuk Danish.

Rupanya, si kecik tu dah sampai dulu.


Busted ! Hihi, dia pilih sendiri, pandai kan? Baru 2 tahun tapi dah tahu bergaya. Later aku tunjukkan gambar-gambar dia ni bergaya. Macam orang besar I tell you :)


Ni lah kasut yang Danish pilih dan hasil persetujuan semua ahli keluarga. Adidas, RM89.00 saja dari harga asal RM99.00.Ramah betul staff yang attend aku masa pilih kasut Danish.Dia amik stool, bagi Danish duduk. Melompat pulak si kecik ni sebab takut orang, *haiyoo*.Aku mintak size 7 & 8 sebab tak pasti size sebenarnya kaki Danish.Selang 2 minit, dia keluar dari store room *agaknya* dengan 2 kotak kasut.Dicubakan nya ke kaki Danish kasut yang size 8, longgar. Danish jalan pun kaki terkeluar. Sarung pula size 7, ada longgar sikit je berbanding tadi. Okey la kot.

Danish dah melompat-lompat happy dapat ashut aye bayu *kasut raya baru*

Tunggu Azam settle beli selipar jenama Adidas jugak. Ibu belikan windbreaker Adidas untuk Awie pegi kerja. Naik motor kan, sejuk.
Aku sempat tengok kasut bellerina Adidas *aku main tembak je*, santekk la, warna putih, RM145.00 after discount. Kena mintak dengan MRAS ni. Takde daya usaha sendiri langsung. kuikuikui :p

Selesai membayar, kami balik ke rumah dengan hati riang dan gembira.

Antara faktor yang meriangkan hati kami :-
* layanan staff Mizi Sports Centre di cawangan itu sangat memuaskan, layan pelanggan dengan penuh sopan dan ramah.
* servis pencarian barang yang diinginkan di store room mereka sangat laju.
* kedai sangat bersih.
Dannnnnn.....dapat paper bag cantikkkkkkkkk !


Tadaaaaaaaaaa ! Tengok...sapa ada kat situ.Safee Sali, Khairul Fahmi, Safiq Rahim & Aidil Zafuan -Heroes pujaan masa kini.

Meh kakak closed up sikit.




Suke kan? Kakak lagi suke ! *gewdix amat*
Dan sebagai penghargaan, saya Like Mizi Sports Centre di Facebook dan post ini di wall fan page mereka.

Aku suka menghargai perkara-perkara yang baik macam ni. Sekurang-kurangnya ini encourage mereka untuk terus memberikan layanan yang baik pada pelanggan mereka.
Aku pun pernah bekerja di service line macam ni. Sangat best sebab kita akan kenal dan hadap macam-macam perangai pelanggan. Ada yang baik, ada yang tak, ada yang cerewet dan segala. Alaa, bila kita sendiri jadi pelanggan pon kita bersikap macam ni, jangan tipu dengan berkata "ehhh, mana ada." no no no no, tak baik tipu kakak :p
Okey la, kakak nak sambung kerja. Hihi, apasal jadi kakak la sangat ni?
Bye...see you on next entry.

Majlis Berbuka Puasa

As-salam

Seawal pagi aku dikejutkan dengan memo Confirmation of Attending untuk Majlis Berbuka Puasa yang diaturkan oleh pihak majikan.

Call MRAS, tanya beliau mahu attend ke tak sebab aku ikut dia.

HR dah ingatkan aku yang MRAS perlu hadir, beliau "kepala" a.k.a Head. Staff semua mungkin akan tak hadir sekiranya Big Daddy mereka tak hadir.

Beliau kata, "tengok la macam mana".

Jawapan macam malas je.

Langsung otak aku fikir...nak pakai baju kurung apa ehh? Aku mana ada baju kurung baru.

Sah jarang pakai baju kurung. Hihi. *malu sendiri*

Malam ni kena fikir pasal tu. Sekarang ni kena sibukkan diri dengan kerja dulu.

Pegi butik Mak Lang pun bagus jugak ni.

First Lady? Malas la, macam takde latest design je.

Beli baju kurung la nampaknya, ada jugak back up untuk raya nanti.

Okey, back to work.

Selambak kerja menanti untuk diselesaikan.

xoxo.

Thursday, August 4, 2011

Haishh

Hari ni bukan hari yang baik.
Pfffttt.
Bengang.
Benci.
Sakit hati.
Tertekan.
Rasa diabaikan.
Rasa tak disayangi.
Rasa tak diperlukan.
Rasa tak penting lagi.
Mood off to silly land nampaknya.
Haihhh.
Nak menyumpah, bulan puasa.
Sabar je lah.
Tapi sumpah bengang ya amat.
Terasa rindu pada orang-orang yang bisa membawa senyuman ke bibir pink aku ni.
Arrrgghhh !!
Istighfar dalam hati.
Mohon diberi ketenangan dan kematangan.
Moga prasangka dan ketidakmatangan ini berakhir disini.

Tuesday, August 2, 2011

Terima Kasih

As-Salam

Adalah saya, blogger baru Ieda Rozali ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada seseorang yang telah menceroboh FB saya dan hampir menjejaskan karier saya.

Terima kasih kerana menyedarkan saya untuk tidak terlalu berbaik dengan manusia yang mudah lupa diri seperti kamu.

Terima kasih kerana telah melupakan bantuan saya terhadap kamu.

Terima kasih kerana tidak menghargai persahabatan dan hubungan kekeluargaan yang terjalin selama ini.

Terima kasih untuk segalanya.