Monday, July 25, 2011

Cerita Bulan June, Lambat Sikit tapi Panjang Lebar

As-Salam,

Hello semua. Awhhhh, long time ngak ke udara sich. Teramat la busy. Let me cerita kan kenapa saya busy, kira macam recall la all the peristiwa berlaku for pas 1 month ni.

Last saya update blog pada 03 June 2011, start dengan 04 June la ye.

04 June 2011-Sabtu : bercuti di rumah.

05 June 2011-Ahad : bercuti di rumah tapi buat kerja untuk Audit Discussion.

06 June 2011-Isnin : bekerja macam biasa.

07 June 2011-Selasa : Audit Discussion & preparation document untuk audit di Penang & Ipoh.

08 June 2011-Rabu : fly ke Penang with Malaysia Airlines, flight pukul 4 petang, tiba di Penang jam 5 petang. Check-in Merchant Hotel, Georgetown. Dapat bilik tingkat 9, awhh...super teruk. tapi aku bersabar je sebab dah booking and it was recommended by my MRAS, he stayed there for 1 month dulu, dia dapat bilik yang baik tapi tidak pada aku..tskkkk, tension ! Bersendirian di bilik hotel. Makan burger ayam special dan oblong daging tapau kat gerai burger depan Sup Hameed yang gila packed dan famous seantero Penang. Kena sakit kepala. Boleh tidur tanpa rasa takut walaupun sorang-sorang. (FYI, pernah didatangi 'makhluk' ketika bersendirian di bilik Hotel..masa tu kat Seberang Perai. White flash mengelilingi katil, masa tu jam menunjukkan 2:30am).

09 June 2011-Khamis : Bangun jam 7 pagi, terus mandi dan bersiap-siap ke Bukit Jambul. Naik teksi, sebut harga RM30.00 tanpa penggunaan meter. Driver berbangsa Cina, ikut shortcut, highway jem teruk katanya. Balik pun naik teksi, ni lagi kes 'nak harem' pakai meter, highway jem teruk, RM50.00 ngam-ngam. Malam, my besties (Sue & Wan) sampai dari Ipoh. Terus keluar g makan kat Sampan Bay, Queensbay area. For the first time, aku makan ikan, Siakap stim limau nama masakannya. Makan 3 orang, kena RM54.20. Okey la, puas hati..kenyang. Balik hotel, sembang-sembang dengan Sue, cerita-cerita then terus tidur. Sumpah panas malam tu, aku dengan Sue berpeluh-peluh.

10 June 2011-Jumaat : Bangun-bangun terus decide dengan Sue, nak pindah hotel lain sebab bilik tu gila teruk. awhh, what a bad experience with Merchant Hotel. Kami check out. Aku rushing ke Bukit Jambul dan tumpang beg dalam kereta Sue. Mereka perlu ke Pacific, Seberang Perai dan haluan tak sama. Aku naik teksi, macam biasa, RM30.00 dengan driver yang sama. Disebabkan 1 insiden yang telah terkantoi ditangan aku, Sue dengan Wan terpaksa datang ke Bukit Jambul untuk selesaikan kes tu. petangnya pulak, MRAS sampai untuk investigation, first part of it was done by me..aku kan Auditor so aku kena buat investigation berasingan dari MRAS. Around pukul 8:30pm, selesai investigation..kami keluar dari cawangan tu dan ronda-ronda cari hotel. Mujur jumpa 1 hotel berdekatan Merchant, nama hotel tu Oriental Hotel. Murah gak, RM87.00 per night untuk musim cuti sekolah. kalau biasa, RM81.20. murah kan?? Sebaik check-in, kami bersihkan diri masing-masing dan keluar cari makan. MRAS bawak pegi makan kat Restoran Kapitan. Nasi Beriyani Ayam Tandoori jadi pilihan aku, sumpah lazat okey. Ronda-ronda Penang, singgah beli buah baby tomato feveret si Wan sat then balik bilik. Sempat gak si Wan beraksi manja posing-posing kat lobi hotel. Aku la juru kameranya. cissss.

11 June 2011-Sabtu : Tepat-tepat jam 12:00am, Sue wish Happy Birthday kat MRAS. ye la !! MRAS nye birthday yang ke-37 ! Aku pun melompat, wish birthday dan muah-muah sikit :p. Sue demam malam tu, aku tak boleh tidur, kejap-kejap pegang dahi dia, panas weyhhh ! risau, tak lena tidur.terlelap lepas tengok jam pukul 5:00am. terjaga jam 7:00am. Terus gatal tangan snap gambar ni. Cantik, kan? View awan dengan laut tu nampak macam lukisan je padahal real dok. My morning face? haha, harus tunjuk jugak ke? Nahhh, amikkk. Muka macam anak Cina kotak. *sila abaikan keburukan pakaian tidur saya, time outstation, kena halal je* Siap-siap pergi kerja, saya harus rush ke Bukit Jambul untuk selesaikan audit disana dengan Sue. Dia masih demam lagi tapi taknak pegi klinik. Katanya, dia okey je. Gagah betul bestie saya sorang ni. Tengah harinya, kami plan nak sambut birthday MRAS. Beliau di Pacific dengan Wan, setup cawangan for re-opening. Kenapa re-opening? okey, kasi aku cerita. Cawangan ni terbakar pada 14 Februari 2011 dan mengakibatkan kerugian wang tunai sebanyak RM77 ribu ++ yang disimpan di dalam laci kental cawangan ni. Terbakar teruk. Tak 1 benda pun dapat diselamatkan. Kenapa lambat sangat nak re-opening? Lepas siap hasil siasatan dari pihak Polis dan Bomba, baru lah pihak syarikat kami dibenarkan untuk membuat renovation untuk teruskan operasi disitu. Memang lama tapi kami sangat puas hati sebab cawangan tu dah 100% berubah wajah. Nanti la aku post rupa cawangan but now kasi aku cerita pasal birthday MRAS dulu. Aku dengan Sue singgah di Secret Recipe E-Gate atas informasi dari Girlfriend a.k.a my lovely sister/advisor/bestfriend-Fiza. Aku beli Blueberry Chocolate Cheese cake (kalau tak silap nama la) yang ni. Atas tu tulis Happy Birthday Big Daddy. Kenapa Big Daddy? MRAS seorang lelaki Mamak yang besar tubuhnya dan muka gila otai tapi macho *bagi aku la* umur 37 tahun dan macam 'Ayahanda' la kat Remit Master ni, that's why la beliau dipanggil Big Daddy by all the staff.
Selamba badak je kami sambut birthday beliau kat depan cawangan Pacific. Orang lalu lalang tengok je. haha. Staff Bangladesh kami, Sekandar yang aku tugaskan untuk beli pinggan kertas, beli pinggan semata-mata, tak beli sudu. Sudahnya, buat kerja jahat sikit la, belakang cawangan ada McD, aku suruh Sekandar amik sudu kat situ. ala, condiment kan free...pa da hal kan? haha, lepas posing-posing..makan kek then siapkan setup, tepat jam 11:30pm, kami bla dari situ. G makan kat Restoran which belongs to 1 of big brother kat Penang. Layan ikan lagi. pukul 1:00am *lebih kurang* kami balik hotel. Mandi-mandi, tidur pengsan.

12 June 2011-Ahad : Kerja di Bukit Jambul. tapi bukan buat kerja audit, ni kena relief Cashier cawangan yang tetiba M.I.A. pukul 9 malam baru balik.

13 June 2011-Isnin : Amik offday tapi pagi-pagi kena singgah Bukit Jambul, verify kerja sikit. Jalan-jalan dengan MRAS, Sue & Wan. Lepas singgah Bukit Jambul, kami bergerak ke Queensbay Mall. Breakfast di Dome Cafe. Usai breakfast, tengok wayang, KL Gengster. Terbaik wokkk...Sofi Jikan, I loike you okey ! Tengah hari, makan kat Restoran Pan Mutiara. Petang, kami ke Bukit Bendera...awwhhhh, gila best walaupun aku gayat, siap pening-pening nak muntah. Pukul 5 petang, balik hotel. Malam? pegi makan kat Sampan Bay lagi tapi MRAS tak ikut, kaki dia sakit balik. Kami bertiga je. Balik terus online FB then tidur.

14 June 2011-Selasa : Mulakan audit di Sungai Bakap. Staff semua bagi kerjasama dengan baik sekali. Berkenalan dengan staff baru disana. Gila friendly semua. Jennyfer *dah lama kenal, aku panggil dia Sis*, Zurina *dah lama kenal, rapat jugak dengan aku*, Rohaida *first time jumpa tapi dah awal-awal add kat FB, Ibu mengandung gila comel, perut kecik je*, Nancy Mary *suka ketawa tapi buat kerja laju gila. suka jalan-jalan, siap tolong redah hujan tapaukan aku makanan*, last but not least, Kak Aniza *she's so mother figure, lemah lembut, friendly. masa nak balik, dia cium-cium aku, terharu gila. seorang yang sangat cekap dan kemas kerjanya* Aku naik teksi dari jeti feri Penang sampai Sg Bakap, hamikk ko kena RM100.00 sebab distance nya sangat jauh. Balik tu aku mintak Wan datang jemput. Malamnya kami makan kat KFC, fuhhh. makanan penuh meja. Sempat gak si Wan dengan Sue main kat buaian, teringat zaman kanak-kanak lew tewww. hehe. Gambar aku rasa better aku post kat next entry, kira entry bergambar je la. lagi senang, sini korang baca cerita je.

15 June 2011-Rabu : Second day kat Sg Bakap. Kerja aku smooth gila kat sini sebab apa yang aku nak semua depan mata, findings pun takde. Petangnya Wan dengan Sue datang amik, aku ingat dorang berdua je. Rupanya MRAS ada sama. Aku mengantuk gila, terlelap di lengan sasa MRAS, tahu-tahu je dah sampai Komtar, MRAS nak turun sebab dia park kereta kat situ. Malamnya kami repeat tengok KL Gengster. Hamikk ko, seat unggapak depan. No choice sebab full house. Lepas wayang, kami pegi makan kat Sup Hameed. Aku pilih makan sup campur. Gila best dok. Licin mangkuk aku, siap tolong Sue habiskan sup dia lagi *sah kebulur* Si Wan bergayut fon dengan kekasih hatinya yang kerja FireFly tu..mabuk cinta la katakan :) Balik hotel terus tidur.

16 June 2011-Khamis : Kerja di Bukit Jambul untuk Audit Discussion cawangan itu dan Sg Bakap. Selain tu, buat investigation statement dari staff cawangan Bukit Jambul. Pukul 7:45pm baru usai. Balik tu pegi makan kat Hammer Bay. best gila I tell you. berdepan laut, view sebelah kiri Jambatan Penang, di atas (langit) pula kapal terbang lalu lalang. aku siap kira kot, asal dengar bunyi kapal terbang dan aku akan mendongak langit."ohh, Air Asia". selang 5 minit "ohh, Firefly". 5 minit lagi "ohh, Malaysia Airlines". MRAS kata "Syg, boleh diam makan tak? bukan dapat gaji pun kira-kira kapal terbang tu" cissss, kena sound pulak. Hidangan malam tu? kombo utk 4 orang yang bernilai RM90.00, 2 jenis ikan, sayur, lala, ayam dan air tembikai. Ikan Siakap stim limau, Jenahak bakar, lala masak pedas dan ayam pedas jugak. Statement spontan keluar dari mulut aku ,"B, ikan jenahak rasa ayam ekk". Terus MRAS jawab, "banyak la ko punya ayam, makan je la". haha. Aku offer untuk bayar makanan malam tu. Hamikkk ko, RM129.90. Unggapak mahal ! huhhh, bersabar je lah. Dah makan, kena la bayar. Redha. Balik hotel, tunggu cerita Annissa then tidur.

17 June 2011-Jumaat : aku plan nak visit cawangan Komtar tapi pagi tu kena pegi Bukit Jambul dulu sebab my Girlfriend a.k.a lovely sister/advisor/bestfriend-Fiza kena temporary in-charge cawangan tu. Aku kena brief Fiza sikit then pukul 12:00 tengah hari, MRAS ajak pegi makan kat Queensbay Mall. Makan kat The Manhattan Fish Market pula. Makan set jugak. Aku makan Fried Dory...cisss, ikan lagi. Dessert pula, choc mud pie ! Lazat gilosssssssssss ! Share dengan MRAS. hihi, suka sharing tau. Then jalan-jalan dalam Queensbay, singgah Giordano, beli Polo T pink. awhh, shocking pink okey ! Minta duit sikit kat MRAS. Then singgah Toy's R Us, beli mainan koleksi MRAS, aku pau MRAS lagi, beli baju untuk my Baby Boy, Danish Muszaphar. Beli baju Poney, 1 Polo T and 1 t-shirt for RM49.00 only. Kami siap spend 15 minit setiap sorang kat kerusi urut Rest n Go tu, urut-urut sikit. Kami mengembara, kerja letih. Balik dari Queensbay, terus ke Komtar. Bagi breifing sikit. Pukul 5:00 petang, kami cabut balik hotel. Sangat penat. Malamnya, aku makan nasi kandaq Line Clear, Wan dengan Sue belanja. fuhhhh, banyak gila nasi dia. Kenyang gila babs aku malam tu. Lepas makan, terus tidur. Mana tak buntal~tsskkk.

18 June 2011-Sabtu : Pagi-pagi pergi bank dengan Sue & Wan, nak bayar extend hotel. Then breakfast kat restoran sebelah hotel. Tapaukan untuk MRAS sekali. Teman MRAS makan then siap-siap nak ke Komtar, nak buat checking & briefing STR sikit. Kat Komtar, my girlfriends, Jue & Kak Shida menanti. Jue *my bestfriend yang sangat memahami diri aku, teman yang suka buat aku ketawa dan aku sayang dia & anak dia, Danish*, Kak Shida *big sister yang sangat sayangkan aku, orang Sunway je tapi duduk Penang sebab husband orang sana. gila-gila macam aku gak. Ibu mengandung, sangat kelakar, aku sayang dia* Buat checking sikit-sikit then MRAS call, tanya dah settle ke belum, nak ajak ngedate jap ! hihi, gatal mode on ! Kami pegi Queensbay, makan kat Dome lagi. Kali ni makan Lasagna, aku Chicken Lasagna, MRAS makan Beef Lasagna. Hihi. Siap amik-amik gambar lagi, laut biru cun gila masa tu. Usai urusan peribadi kat Queensbay, menuju ke Bukit Jambul semula, nak buat final investigation statement. Malam, pukul 8:00pm baru habis. Singgah makan di Restoran Kassim Mustafa, layan nasi kandaq, sedap gilos.

19 June 2011-Ahad : Final day at Penang before moving to Ipoh. Check out Hotel dan bersarapan di Old Town White Coffee, sebelah Tune Hotel, Jalan Burma. MRAS akan balik ke KL terus. So sad harus berpisah :( Usai sarapan, aku salam MRAS, bermanja jap *gatal* then dia terus pecut balik. Kami bertiga visit cawangan for the last. Komtar, Bukit Jambul, Pacific & Sg Bakap. Lunch di Pacific. Then terus bergerak ke Ipoh. Pukul 8:00pm jugak la sampai. Check in di D'Eastern Hotel. Murah jugak, RM88 per night. Lepas load barang masuk bilik, kami jalan kaki pegi makan kat Medan Selera Tahwil Azar. Makanan tak sedap, garam bersepah-sepah, air teh pahit nak mam***. Sabar je, kami pengembara, apa yang dihidangkan, itulah yang kami makan. Singgah 7E before balik hotel. Beli macam-macam then balik tidur.

20 June 2011-Isnin : Aku start audit cawangan Ipoh, Sue & Wan offday. Pukul 11:00am, makan tengah hari terus kat medan selera yang sama tapi lain gerai. Fuhhh, layannya masakan kampung dia ! Kat sini banyak kesukaran untuk audit sebab banyak document yang diperlukan, tak ada ! Malam, pegi dinner kat tempat yang sama tapi gerai lain. Balik hotel terus tidur.

21 June 2011-Selasa : Rutin yang sama macam Isnin.

22 June 2011-Rabu : Rutin kerja masih sama tapi petang tu balik awal sikit sebab Wan ajak shopping. Pegi JJ apa ntah nama tempat, tapi masih area Ipoh. Wan belanja McD, then teman dia shopping. Sebelum balik, beli roti banyak gila untuk makan kat bilik padahal aku dengan Sue berdua je. Tengok cerita Annissa then tidur.

23 June 2011-Khamis : Audit Discussion, petang tu jugak Ibu, Azam & Danish datang nak jemput aku balik. Wan kena ikut aku balik, Sue kena stay sebab ada revision secara tiba-tiba by BNM. tskk, kesian Sue, kena tinggal sendirian. Pukul 10 sampai KL, hantar Wan pegi Hotel kat area office then balik rumah. Hampir 11:00pm gak sampai rumah. Letih, mandi terus tidur.

24 June 2011-Jumaat : Amik offday, habiskan audit discussion report Bukit Jambul & Sg Bakap and email to orang-orang berkenaan. Pegi klinik, kena alahan teruk kat kulit sebab makan ikan.

25 June 2011-Sabtu : Lepak di rumah saja, habiskan audit discussion report untuk Ipoh pulak. Whole day kat rumah

26 June 2011-Ahad : Gaji masuk ! Yahoooo !!

27 June 2011-Isnin : Masuk ofis, lewat. Kerja macam biasa tapi boss takde, ample time banyak gila.

28 June 2011-Selasa : Kerja, busy dengan AML report

29 June 2011-Rabu : Sama jugak

30 June 2011-Khamis : Sama jugak.

Ni lah antara catatan harian aku selama hampir sebulan. Gila busy, 16 hari di perantauan. Kerja teruk kan? tsskkkkkk tapi happy sangat sebab dapat jalan-jalan jugak. hihi. Okey la, jap lagi aku upload gambar-gambar best sepanjang aku kat Penang hari tu. daaa, nak pegi lunch dah :)




2 comments:

Nak Nyampuk sikit Cik Ieda oii