Friday, July 29, 2011

Lewat Lagi

As-Salam.

Awwhhhh..mood pagi ni yang cantik lagi indah langsung bertukar hampeh kerana kelewatan KTM Komuter. Kononnya nak mengelak jem yang menggila di Jalan Kuching, aku mintak adik aku, si Azam hantarkan ke stesen KTM Batu Caves, dekat je dari rumah aku. Hujan..takkan nak meredah. Basahla baju kurung batik Sarawak mak..tsskk.

Aku rasa ini bukan kali pertama aku terlewat gara-gara service KTM Komuter yang tak menepati standard. Dulu, disebabkan KL Sentral takde elektrik, aku tersangkut dalam train dari jam 8:50 pagi dan hanya tiba di pejabat pada jam 11:00 pagi.

Bersabar.

Sebab aku tak ada pilihan untuk naik teksi sebab bila hujan, kesesakan lalu lintas akan mencanak hingga ke tahap 200% teruk dari biasa. Aku dah pernah alami pon hal ni. Biasanya, kalau naik teksi ke pejabat aku dari Batu Caves..tambangnya cuma dalam RM16.00 saja. Sekali kena masa jem, hamikk ko, RM27.00 aku kena. Serik. Lost track la perbelanjaan aku kalau asyik naik teksi.

Jangan tanya pasal MRAS. Aku tak suka nak bebankan dia. Walaupun jarak rumah aku dengan dia, Bandar Sri Damansara-Batu Caves cuma dalam lingkungan 10km, aku taknak penatkan dia seawal pagi untuk jemput aku ke pejabat. Memanglah kami kerja sepejabat tapi aku taknak penatkan dia. Tugas di pejabat dah selambak menanti, memerlukan hampir separuh ruangan otak untuk difikirkan, maka, tubuh nya tak boleh penat. Kalau penat, mood beliau akan swing dan tak boleh selesaikan tugasan yang ado. So, dalam misi nak menjadi kekasih, bestfriend, bakal isteri yang memahami, aku perlu belajar bertolak ansur dan berdikit-dikit mengerti tanggungjawab beliau sebagai Senior Manager, Branches Operation di company ni.

Okey, dah jauh menyimpang cerita aku ni. Berbalik pada cerita aku lewat masuk office.

Hari ni, aku lewat lagi. Tadi punch card, jam 10:20 pagi. Means, aku lewat 50 minit dari waktu bekerja asal, 09:30 pagi.

Bengang.

Aku berjaya kejar train jam 08:35 pagi boarding nya. Sekali dengar announcement, kata ada masalah kat Stesen KTM Putra. Tsskkk. Aku sabarkan diri lagi. Masa tu jam menunjukkan 08:51 pagi. Aku bersabar, bagi masa kat KTM, kalau tak jalan jugak within 5 minutes, aku turun..amik cab ke office walaupun aku tahu risiko yang bakal aku hadapi.

Terdengar bunyi alarm pintu tutup.

Rasa lega.

Agak laju la train bergerak. Melepasi stesen KTM Taman Wahyu, Kampung Batu dan Batu Kentonmen.

"Train akan berhenti seketika di stesen ini, terima kasih"- announce si driver setibanya di stesen Sentul.

Pffttt. Bengang lagi. Harus ke aku turun dan amik cab?

Bukan tindakan bijak. So aku bertahan je duduk dalam train.

Boring.

Mujur BFF aku call, hilang boring. Lama jugak bersembang. Pasal 1 of my schoolmate yang sekarang ni dah jadi musuh kami. Tapi, bukan kami yang buat hal. Dia tu macam psiko dan kaki envy. Arrghhh, tak kuasa nak layan.

Dah 20 minit aku stuck kat stesen Sentul. Bersembang dengan gadis yang duduk sebelah aku. Dia pun berhangen sebab lambat masuk office.

Ramai yang turun sebab tak sanggup nak tunggu.

Aku malas sebab aku tahu, kalau turun..naik cab, jem, lewat dan mahal. Keyword siot !

Dengar pintu alarm berbunyi. Huhhh, lega dalam hati.

Train pun bergerak tapi, agak perlahan. Vavi betul.

Ehhh, ia berhenti lagi lepas keluar dari kawasan stesen Sentul, mujur tak lama. 5 minit je.

MRAS call, tanya ada kat mana. Bila bagitahu aku masih dalam train, langsung membebel. Errkk, marah tak guna kalau tak tolong hantar. Tskkkk..sorry B, termarah lak.

Train bergerak sangat perlahan menuju ke stesen Putra yang dikatakan bermasalah tadi.

Seterusnya ke Bank Negara dan Kuala Lumpur. Aku turun di stesen Kuala Lumpur.

Turun je, aku buka langkah jalan kecik yang laju. Haihh, dah lambat, kena la jalan laju.

Buka payung tajaan Avon. Hujan kan.

Laju sungguh aku jalan ke office. Jarak stesen KTM Kuala Lumpur ke office aku dalam 500 meter. Jauh kan? No wonder badan aku makin susut sekarang ni..*perasan*

Akal aku memikirkan ketidakstabilan perkhidmatan KTM Komuter yang akan bermasalah setiap kali hujan. Kenapa macam ni? Adakah sebab ia bergantung pada bekalan elektrik? Tak masuk akal. KTM Komuter harus lakukan sesuatu untuk kebaikan service mereka di masa akan datang. Jangan buat pengguna anda lari walaupun anda fikir pengguna tak punya pilihan lain dan terpaksa bersabar dengan service anda. Ni baru soal kelewatan. Belum lagi aku nak ungkit counter staff anda yang teramat biadap di KL Sentral, counter staff yang sambil lewa di stesen Batu Caves *leka bergayut telefon*, dan counter staff yang tak tahu senyum di stesen Kuala Lumpur. KTM harus upgrade service secara keseluruhan, bukan 1 atau 2 perkara saja. Anda dalam Service line, service harus diutamakan.

Jangan palit tahi di muka sendiri dengan kesengalan service yang anda provide kan.

Okey, aku nak sambung kerja. Hilang serabut aku bila dah luah semua kat sini.

Jumpa lagi. :)

2 comments:

  1. slalu kot cm2...bkn stakat time kemuncak nk g kje je...time cuti pn sme...pendek kate slalu sgt la lmbt...rsenye bila tang kte naik jek dia nk wat lmbt2...hangin tol...psl staf2 kt kaunter 2 xyah ckp la...sume sme je...brenti kt sentul 2 mmg lme sgt...cm stesen besar plak..padahal sume stesen sme je kot....

    ReplyDelete
  2. tu la pasal sha. tekanan betol. haishhh. Sha naik train gak ke?

    ReplyDelete

Nak Nyampuk sikit Cik Ieda oii