Wednesday, July 27, 2011

Jatuh Sakit, Rawatan Doctor & Terapi Bikin Sendiri yang Memenatkan

As-Salam.

Heyo semua. *ahaks, macam ramai je orang baca belog kau ni*

Tittle saja sudah menyatakan keperitan yang saya alami.

Jatuh sakit. Aku sakit secara tiba-tiba. Masa mengarang entry sebelum ni, aku dah mula tak sihat, kepala berdenyut-denyut, mata kiri kabur, rasa seram sejuk dan lemah tapi gagah kental jugak nak masuk kerja *sebab MRAS datang jemput pagi tu, tu la ter rajin nak keja* walaupun kat office aku takde apa-apa pending keja. MRAS sarankan aku balik dan berehat. Call Ibu mintak datang jemput. Isi borang cuti, apply half day. Jam 2 ptg macam tu, Ibu sampai.

Dalam tak larat tu, sempat jugak teman Ibu pegi Bukit Bintang, beli pakaian untuk adik bongsu sebab hari ni *27hb Julai 2011* Ibu, Adin & Danish akan terbang ke Sibu. Bukan pasang sayap kat lengan masing-masing dan terbang, mereka menaiki kapal terbang, Air Asia ke Sibu, Sarawak. Ayah kata pelatih-pelatih PLKN di Kem ayah akan tamat pada Jumaat ni so, beliau nak Ibu dan dua orang lagi attend majlis penutup. Dah ramai yang bertanya kenapa Ayah jarang bawa keluarga untuk apa-apa event so kali ni Ayah bawa, harap senyap la mulut mereka. Ayah tak suka publish keluarga beliau di mana-mana, itu hak privacy dan atas faktor keselamatan juga sebab Ayah bersendirian di Sibu dan kami sekeluarga di Semenanjung. Mesti Ayah masuk TV dan surat khabar Borneo Post lagi, macam biasa. hihi.

Settle beli pakaian kat Parkson Sg Wang Plaza, kami balik ke Batu Caves *tsskk, mesti korang ingat aku duduk dalam gua kan? rumah aku dekat sangat dengan Batu Caves tempat orang-orang beragama Hindu sembahyang, dalam 10 minit jalan kaki je. Dekat kan? Bayangkan 'penderitaan' yang aku dan penduduk-penduduk lain hadapi semasa Thaipusam..tssskkk, tak terkata*, terus Ibu bawa ke klinik. Klinik Damai Putra, Taman Selayang. Dekat jek dari rumah. Jumpa doctor keluarga kami, Doctor Mazlan. Mula-mula Danish yang diperiksa dulu, dia selsema, dedar sikit badannya. Then aku.

"haaa, ni kenapa pulak Kak Long? asyik sakit je", sapa Dr. Mazlan.

Aku tersengih, dalam hati terdetik, 'kerap ke aku sakit ni? ye kot, dia doktor, mesti ada rekod perubatan dan rawatan aku'.

Dr. Mazlan pegang tangan aku, "aii, sejuk ni. pucat abis, muka pun pucat. dah makan ke belum ni?"

Aku jawab dengan sempoi, "tak makan lagi, tak larat". Mau nye tak larat, dah la tak makan apa-apa, siap teman Ibu shopping kat BB tadi..tsskkk, menganiaya diri sendiri betol.

Dr. Mazlan check tekanan darah dengan mesin yang kecik tu, 3 kali test, adoyy, sakit lengan aku digenggam-genggam dek mesin tu. Gaya Dr. Mazlan macam tak puas hati dengan tekanan darah aku. 110/59. Rendahnya !

"Okey, Dr. nak check gula pulak", katanya sambil keluarkan 1 pouch dari drawer.

Aku panik..adoyy, sakit ke ni? terus terpacul ayat ni dari mulut aku "Dr, sakit tak?tak penah Along test menda ni sebelum ni".

"Uishh, ni sakit sangat, macam kena cucuk injection. Haha, takla, sikit je sakitnya, tahan okey?", kata Dr. Mazlan cuba meyakinkan aku.

Okey...bertahan..sakit sikit je kot.

Terdengar bunyi macam stapler, sakit pon terasa. Dalam hati aku, 'ouh, sakit macam kena bullet stapler je'. Aku penah tembak stapler tu kat ibu jari aku...masa tu agak bongok la, baru darjah dua. Biru muka tahan sakit. Haha, segar dalam ingatan sampai sekarang.

Dipicit-picitnya jari aku sebab darah 'degil' nak keluar. Diletaknya darah aku atas mesin. Tak kurang 1 minit, display menunjukkan kandungan gula dalam badan aku hanya 4.5.

"Ni boleh pengsan anytime ni, dah lemah sangat Along ni", kata Dr. Mazlan. "Balik nanti tolong minum air manis-manis, makan, berehat. Kurang tenaga ni, boleh pengsan anytime, bahaya", sambung beliau lagi.

"Okey, balik makan", jawab aku sempoi. Aku keluar dari bilik rawatan, Ibu nak cakap dengan Dr. Mazlan personally.

Ramai betul orang, sedangkan waktu aku sampai tadi, kosong je. Aku bergurau senda dengan nurse-nurse hot kat klinik tu, Minn & Ain. Si hottie lagi sorang, Fatin, morning shift. Lega bergurau, Ibu pun keluar. Dengar bunyi loceng dari bilik rawatan, si Ain bergegas masuk dan amik folder keluarga aku dari tangan Doktor. Amik ubat, Ibu bayarkan *memandangkan aku belum gaji*. Dapat MC 2 hari, semalam dan kelmarin.

Sampai je rumah, aku makan nasi lauk ayam masak kicap, makan ubat then tidur.

Pukul 8 malam baru bangun.

Text MRAS, "B kat mana"- Jam 20:32pm

"baru sampai umah"-jawab MRAS pada jam 20:38pm

"B taknak datang jenguk Syg ke?"-soalku semula.

"B penat Syg, lambat balik hari ni. Nanti B datang okey"- balasnya.

BlackBerry Curve 3G 9300 aku berbunyi pada jam 21:48pm. Bergegas buka text message yang diterima.

"dah mkn ubat?"- B... *as per nama beliau yang aku setkan dalam fon*

"dah ptg td"- jawabku.

"rehat cukup-cukup, minum byk air" B...

"okey"- balas si pemalas.

Makan ubat lagi. Then mengantuk. Wall post kat FB MRAS, bgtau aku sgt mengantuk. Terus tertidur.

Esoknya, pukul 8:30pagi baru bangun. Mujur Ibu faham aku tak sihat.

Breakfast makan nasi kerabu *tak senonoh makan breakfast dengan tak mandi, gosok gigi je*, minum teh tarik manis-manis, ikut nasihat Dr. Mazlan.

"Long, kejap lagi kita hantar Adik pegi sekolah kebangsaan, kau teman Ibu pegi Selayang Mall kejap, nak cari handbag dengan kasut. Nak pakai balik Sibu", kata Ibu kat aku. "Boleh jugak kau terapi sikit, cuci-cuci mata kat sana, mana tahu, hilang sakit kepala kau", tambah Ibu lagi.

Hmmm, good idea also. Haha, Ibu ni memang hebat. Dia tahu je cara nak release tension aku. According to Dr. Mazlan, aku ni actually mengalami tekanan perasaan, banyak memendam rasa. *ehh, ye ke? mujur tak gila*

Terus mandi, siap-siap dan ikut Ibu hantar Adik pegi sekolah. Danish tidur so dia tinggal dengan adik aku lagi 2 orang, Azam & Azim. Chopp, adik-adik aku ni nama je similiar tapi bukan kembar. Azam-17 tahun, Azim-13 tahun. Dua-dua MC, demam teruk tapi sedang beransur pulih. Boleh lah mereka jaga Danish kejap.

Sampai je Selayang Mall, Ibu ajak masuk Parkson. Nak cari barang-barang yang beliau nak beli. Handbag warna pink, macam yang Ayah request kat Ibu. Terjumpa 1, jenama Polo. Ibu berkenan, aku pun setuju. Murah je..harga asal RM199.90, after discount jadi RM99.90. Ibu sambar je lah. Then pegi tengok kasut. Macam tak caya je kasut jenama NYC 70% discount jadi RM16.77 je, aku amik sepasang untuk kerja. Cun jugak walaupun harganya macam kasut takde kualiti. NYC kot, tahan lama & tahan lasak jugak. Ibu pulak sambar kasut yang ala-ala sepadan dengan handbag beliau, lagi unggapak murah, RM15.00 je okeh !

Settle kat Ladies Department, naik ke Baby & Children pulak, nak beli barang Danish.

-Jeans jenama Freedom 2 helai, RM24.00/sehelai after discount.

-Seluar Coudroy Freedom, RM32.00 after discount

-Jacket Baby Kiko, RM29.92 after discount

-Puting botol Avent, RM28.90 no discount

-Beg Ben 10 Cartoon Network, RM35.90 no discount

-Johnson Baby toiletries set, RM9.90 no discount

(Total RM184.62, round up jadi RM184.60)

Puas hati, dapat macam-macam dengan budget below RM200.00

Keluar dari Parkson, masuk Butik First Lady. Ibu nak cari Dress. errr, more to Top sebenarnya. Takde yang berkenan. Keluar dari situ.

Masuk pula kedai-kedai biasa. Ibu berkenan dengan 1 top warna putih yang bercorak abstrak warna kelabu.RM55.00, cun jugak *aku yang pilih, gila kalau tak cun*

Bayar then terus pegi parking. Nak balik. Tangan aku penuh dengan plastik Parkson. Tskkk, terapi yang best tapi !@#&. haha.

On the way balik tu, singgah Pasar Borong Selayang jap. Ibu nak beli bunga kantan dengan keropok lekor, nak bawa ke Sibu. Aku duduk dalam kereta je, tak larat dah rasanya. Sambil tu bergurau-gurau dengan MRAS kat FB, komen-komen status. Haha, ada ke patut kalau aku pengsan kat ofis, dia nak suh ambulan hantar pegi hospital sebab aku berat. tssskkk, kijam itewww !

Sampai je rumah, bagi salam, Danish jawab.

Oh, dah bangun si kecik ni.

Umpan seluar jeans baru beli tu bagi kat dia. Pujuk la kekononnya. Dia moody, tak lut umpan.

Aku pun letih, terus masuk bilik, tidur.

Ibu suruh bangun, siap-siap jemput Adik balik sekolah then nak pegi Selayang Mall balik, Adik nak beli kasut Adidas. *adoyy, ulang-ulang pegi 1 tempat yang sama. Penat okey*

Bangun, cuci muka, siapkan diri sendiri then siapkan Danish.

Jemput Adik kat sekolah, pegi Selayang Mall ikut MRR 2 masuk Kepong. Agak jammed. Danish terlelap.

Sampai je kat parking, terus pegi ground floor. Kedai kasut yang ada jenama Adidas, Nike dan memacam lagi. Adik pilih kasut warna brown jenama Nike. Cantik gak, high taste Adik aku sorang ni. Harga kasut dari Rm159.00 jadi RM99.00 je. Okey, settle 1 kerja.

"Bu, lapar la", keluh Adik.

"Okey, jom makan McD", jawab Ibu.

Laju je kaki aku jalan ke McD yang berdepan dengan kedai kasut tadi. Makan hingga kenyang.

Balik dari Selayang Mall, aku tolong Ibu packing barang balik Sibu. Tsskkk, sedih terasa. Ramadhan ni bakal disambut tanpa Ibu. First time ever happened.

Sedih put aside jap.

Honestly aku ada rasa lega, tenang dan puas walaupun penat dengan terapi yang Ibu ajar ni. Aku kena makan banyak-banyak untuk sustain tenaga dalam badan dan minum manis-manis untuk stabilkan kandungan gula dalam badan. Ubat yang Dr. Mazlan bagi pun aku harus habiskan. Mintak-mintak cepat pulih walaupun beliau kata it takes 2 weeks for full recovery.

Haishhh, taknak sakit lama-lama.

No comments:

Post a Comment

Nak Nyampuk sikit Cik Ieda oii