Tuesday, March 20, 2012

Entri Rojak

Wohooo.. dah tebal habuk kat blog buruk aku ni. fuhh fuhhh *tiup habuk*

Aku agak busy lately ni, tapi hapdet status kat FB dengan Twitter sempat jek. Bukan apa, tu medium terdekat yang sentiasa ada di mana-mana dengan aku. Mana tak busy, aku ada sejumlah 200++ report yang perlu dihantar ke 1 pihak lain. Gila tak banyak? Nak mengulangkaji report tu satu per satu memang leceh. Sehari aku cuma dapatkan minimum 15 report, itu pun kalau tak ada apa-apa gangguan. Kalau banyak gangguan, nahhh...sekeping haram pun aku tak dapat nak buat.

Awal-awal dah membebel. Ahaa ! Kau..ini menandakan yang aku sememangnya sibuk tapi tak pergi outstation lagi. InsyaAllah esok lusa, itu pun sekiranya travel advance dah di approve kan. Nak dulukan duit sendiri, memang TIDAK lah kan? Jujur tak? Tehehe ;)

Nak story ni sebenarnya. Adik aku nak kahwin. Adik yang kedua, bawah aku. Langkah bendul? Yeahh, memang langkah bendul tapi apa boleh buat, takdir tertulis untuk dia kahwin dulu, aku kemudian. Bayar langkah bendul? Aku demand Ipad seketul. Ahahaha ! Teruk kan? *Nasib kau lah, siapa suruh langkah bendul sangat?*

Adik aku bertemu jodoh dengan orang jauh, nun di Kelantan. Melor, Kelantan. Unggapak jauh kata si Soulmate. Ambil masa 7-8 jam perjalanan. Fuhh, mau kobeh buntut den. Takdir Ieda..takdir dia nak kahwin dengan orang jauh so redhai nye pun. *tadah tangan mohon kesabaran*.

Majlis akan berlangsung 5hb April 2012 ni kat sana. Aku pulak sedang berusaha mengatur cuti sebab according to my working schedule, masa tu aku berada di Johor. Takpe Boss, kita kawtim sikit. Kalau tak boleh nak cuti, aku fly je dari Senai ke Kota Bharu, 50 minit je. *tak lah aku bazir berjam-jam untuk perjalanan, leceh*

Do I look macam tak suka my future sister in law? No right? Bukan tak suka, its just the matter ianya berlangsung dalam tempoh terlalu cepat. Okay okay okay, tutup cerita pasal tak suka. I welcome her to my family. Most welcome. Siapalah aku untuk menidakkan takdir, kan? ;)

Majlis di Kl mungkin akan berlangsung sama dengan sambutan hari lahir Danish, Mei nanti. Tu pun belum confirm sebab Ayah terlalu sibuk disana, sana tu Sibu, Sarawak ye. Aku dengan Soulmate? Masih mencari masa yang sesuai untuk bersatu. Op chop chop chop..tamo bincang pasal tu lah, nanti nak menunjuk pula. ;)

Okay, back to work. xoxo. As-salam :)

2 comments:

  1. Wah dpt adik ipar org kelantan ke...dekat melor plak ek...cm penah lalu jek ctu sbb kg hubby kite kt bachok...doakn je mereka eida....kte just ikut flow je...kalo ade jodoh xkemana kn??...jauh ke dekat ke...lame ke skejap ke...kn??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah Sha. Biasa la kita bila dalam keadaan mengejut nak terima keadaan dan org baru dalam kehidupan seharian kita. macam tu lah jadinya.

      Delete

Nak Nyampuk sikit Cik Ieda oii