Tuesday, March 27, 2012

Duhai Si Busuk hati

Aku hilang sabar.
Ada si busuk hati sedang monitor aku masa kerja diluar pejabat.
Aku punya kerja, rekod kedatangan aku semua disemak seolah-olah aku kerja main-main.
What the?
Again, aku hilang sabar.
Allahuakbar.
Marah yang teramat sangat dah buat aku menyumpah tak tentu hala semalam.
Yang menambahkan bara marah, si penyibuk berkenaan ialah orang yang tak kena mengena dengan kerja-kerja semak kedatangan staff.
Astagfirullahalazim.
Haruskah dia berpelakuan begitu?
Ini bukan kali pertama, ini dah kali ke berapa entah.
Aku pun tak faham.
Apa yang di dengkikan.
MasyaAllah.
Segala kelebihan dan kebolehan yang aku ada, datangnya dari Allah SWT.
Kalau itu lah punca dengki, aku tak tahu nak kata apa.
Aku yang dikurniakan kelebihan itu, menadah tangan tanda syukur ke hadrat Allah atas kurniaan-Nya.
Allah mengurniakan setiap manusia kelebihan dan kekurangan.
Begitu juga aku.
Atas nasihat kawan baik, aku mula tenang.
Aku cuma fikir dan anggap yang dia tu, si stalker envy tak punya life serta seorang manusia yang mampu terima ketentuan Allah.
Aku berdoa agar si stalker envy tak punya life tu cepat-cepat sedar dan minta ampun dari Allah kerana mempertikaikan kurniaan-Nya ke atas seseorang manusia.
Tak perlu minta ampun dari aku.
Aku juga manusia yang tak lari buat silap.
Cuma aku semahu-mahunya mengelak dari buat kesilapan.
Aku taknak bertindak dengan menyerang dan mencederakan si stalker tu.
Aku takut sekiranya perkara tu berlaku.
Sebab baran aku ni pun tak tentu hala juga.
Allah...doakan agar aku dapat mengawal diri.

No comments:

Post a Comment

Nak Nyampuk sikit Cik Ieda oii