Wednesday, December 28, 2011

Happy Anniversary


My Dear MRAS,

No one else would understand our relationship, and no one else in this world would understand me the way you do.
You have made me a better person by loving me for who I am.
Happy 7th Anniversary.
Me heart you Babe!
*hugs*

Wednesday, December 21, 2011

Stress Melanda

As-salam.

Aku tengah berusaha menyabarkan diri aku yang nampaknya semakin tak bersabar pagi ni. Seawal pagi, dah bertegang leher dengan MRAS. Belum habis cakap, dia dah letak phone. Entah apa yang dia stress kan sangat. Sekarang dia tengah masuk meeting, tadi sampai-sampai je office, dia nampak tegang so aku pun malas nak tanya apa-apa. Silap-silap boleh bertekak panjang.

Other thing, aku tengah berangin dengan orang yang handle claimant kat office aku ni. Aku sekarang ni traveling with my own pocket money sebab dorang taking too long time to process my traveling advance. It has been requested on last Thursday, but until now tak credit-credit dalam account aku. Its not a big sum dude ! RM2, 500.00 je, untuk 10 days punya traveling. Entah apa yang susah sangat. Aku confirmkan dengan jiran aku yang keja bahagian Accounts, cheque untuk amount yang aku request tu dia dah siapkan last Friday. Antara alasan yang si processor, despatch accident, tak masuk kerja hari Isnin. Habis, hari Selasa? Masih cuti? Kepala otak dia ! Hari ni dah Rabu. I need money la weyh ! Aku pegi buat kerja, bukan pegi honeymoon.

If still tak masuk hari ni, I won't hesitate to return to KL. Yes, I will do it.

I got lotsa thing to do kat rumah. Mana dengan parents aku tak sihat, nak uruskan barang-barang sekolah adik-adik.

Otak dah mula jammed.

Mana dengan pangkal leher aku sakit, bila ditekan, urat mata pun rasa berdenyut. Mungkin salah satu penghapusan dosa dan mengingatkan aku agar jangan kufur nikmat, serta jangan lupa bersyukur dengan apa yang ada.

Okay, back to work. Selambak kerja-kerja audit yang aku nak settlekan.

Berdoa agar ada sesuatu yang bisa membuatkan aku hilang stress.

Starbucks? Tutti Frutti? Danish Muszaphar?----->> I need Danish Muszaphar, lepaking at Tutti Frutti then mengopi at Starbucks. Yes, its the best for me right now !

Okay, dah mengarut.

Bye

Monday, December 19, 2011

Kegilaan Masa Kini

As-Salam

Curi masa lagi. Sekarang ni aku agak sibuk dengan persiapan kerja luar negeri tapi masih dalam Malaysia. Selain tu, masih sibuk menghabiskan sisa-sisa kerja audit di Johor tempoh hari.

Sebenarnya, aku nak share satu lagi kegilaan aku buat masa ni. Majority kawan-kawan aku di Facebook jugak sukakan benda ni dan dah ramai yang terikut-ikut pengaruh aku pasal benda ni.

Huhhh, statement macam aku ni influencer je kan? Si buntal perasan hebat memang macam tu!

Okay, memperkenalkan makanan kegilaan masa kini………


-BISKUT BERAS-

Get my favorite? Okay, meh aku cerita dari mana dan siapa aku dapat pengaruh ni.

It’s actually dari kawan girlfriend sebenarnya adik aku. Masa tu, on the way nak hantar dia balik ke Kolej di Beranang, kami singgah di Tesco Extra Kajang, dia beli benda alah ni. Aku macam biasa la sibuk berkejar dengan Danish yang ligat berlari sana sini.

Masa dalam kereta, dia hulur sebungkus kecik kat aku, mula-mula aku taknak makan, ye la, mana reti makan benda-benda macam ni. Dia suruh try so aku pun taknak menghampakan orang, aku ambil dan try. Gigitan dan kunyahan pertama, damn, it’s so sedap. Kunyah lagi dan lagi. Danish pun makan sama. Adik bongsu kesayangan aku si Adin pun makan jugak.

Since that moment, aku seakan tersuka dengan biskut beras ni. Sesampainya aku di Ipoh untuk kerja, aku check-in hotel dan terus ke The Store dan beli biskut beras ni. Malamnya tak makan nasi, nama pun biskut beras so kenyang macam makan nasi lah. :p

Time di Johor baru-baru ni pun, aku teringin nak makan biskut ni. Malkumlah, aku sendirian di hotel, mana berani nak keluar malam walaupun aku sangat gangster dan dapat jolokan Kak Long Batu Caves by few friends. Time jalan nak balik ke hotel tu, ternampak bungkusan biskut beras kat depan kedai runcit. Apa lagi, ibarat anak kecil nampak mainan kesukaan, aku terus beli sebungkus, untuk mencukupkan bekalan kudap-kudap yang aku beli. Ni lah hasil borongan kudap-kudap time aku di Johor.

-BEKALAN KUDAPAN KU SEBOTOL COKE, ROTI GARDENIA BUTTERSCOTCH, STRAWBERRY MILK, RIBENA LEMON DAN SEBUNGKUS BISKUT BERAS~! YEAYYYY!


Gila banyak kan? Ni kudapan untuk 3 malam di hotel tapi tak habis pun, siap bawak balik KL tapi biskut beras, habis immediate okay? Pelahap punya makcik buntal!

Kenyang gila makan benda tu, sudahnya aku pengaruh staf aku di Penang sorang sebab dia mengadu asyik nak mengunyah, so, aku suruh dia makan biskut beras. Memang kenyang dan murah saja.

Dan status aku di Facebook dan Twitter jugak menceritakan perkara yang sama. Biskut beras lagi dan lagi.

Rata-rata semua menggemarinya. Staf aku cerita, anak dan Suami nya pun terpengaruh sama, siap habiskan sebungkus yang dia beli untuk buat stock di rumah.

Gambar pertama tadi, stock yang aku simpan di office, sehingga kini 1 floor office ni dah menikmatinya dengan aku dan sekarang tinggal sebungkus saja. Nak kena beli cepat-cepat ni. Mr Lover pun start suka biskut ni, sedap katanya. Haaa B, kan dah terpengaruh jugak! Hihi, baru dia tahu biskut beras tu sedap sangat.

Okay, back to work. Kena masuk meeting. Jumpa lagi

Xoxo :)

Wednesday, December 14, 2011

Afta Long Time

As-salam
Woah, after long time aku tak update blog. Last update on August 2011, berhabuk dah blog aku rupenye.
Sorry, been too busy with lotsa thing. Kerja, family, kesihatan diri, keadaan semasa telah membataskan masa aku untuk blogging.
Meh aku buat ringkasan sikit perjalanan hidup aku dari August 2011 hingga sekarang.
August 2011
Akhir-akhir Ramadhan, aku sibuk jelajah ke utara dan selatan tanah air. Visiting branches dan majlis buka puasa.
Baju raya pun hanya dibeli 3 hari sebelum raya, mujur masih ada size paham-paham je lah, aku ni makcik buntal.
Sehari sebelum raya, baru sempat nak beli kasut raya dan baju-baju casual, itu pun sebab dapat pelepasan dari HR yang bagi half-day untuk staff-staff Melayu untuk buat last minute shopping. Dapat lah aku pegi Sg Wang Plaza dan membeli-belah.
30hb August 2011...fly ke Kuching, Sarawak dengan Ibu dan adik-adik. Ayah bertolak malam, nak kemas rumah dulu katanya. Berhari raya dengan keluarga disana selepas 11 tahun tak beraya sama-sama. Jangan tanya kenapa lama tak raya sana. Habiskan masa 2 hari di Kuching dan seterusnya, ke Sibu ikut jalan darat.
September 2011
Bertolak ke Sibu sesudah Subuh. Sarawak kan cepat cerah, 7:00 pagi pun dah secerah 10:00 pagi. Perjalanan mengambil masa 6-7 jam. Jauh beb, boleh sampai Terengganu dah *kalau tak silap aku la*
Hari-hari di Sibu dihabiskan sebaik-baiknya dengan keluarga. Memancing, ronda-ronda kem *Kem PLKN*, pusing-pusing bandar Sibu, travel ke Mukah, selain duduk rumah dan main boling X-Box yang dibawa sama dari KL. Naik sengal badan aku sebab pulun main game 5 rounds tanpa henti. Tapi tak kurus-kurus gak lengan aku ni, sigh ! :p
Bertolak balik ke Kuching pada 4hb September 2011. Setibanya di Kuching, kena migrain sampai buat-buat nak tumbang tapi sempat masak untuk dinner keluarga, 3 beradik Ibu berkumpul. Makan ramai-ramai. Ibu dgn Mak Ta (adik Ibu) siangkan ayam dan ikan serta sayur, aku dengan adik tersayang a.k.a bestie, BFF, gossip partner dan segalanya, si Aphize masak. Masak sambal isi ikan, ikan goreng, pandainya aku masak ikan walaupun tak makan ikan , sambal kicap buat cicah makan ikan goreng, telur dadar halia, telur dadar plain, umai udang, sayur pak choy masak tiram. Gila banyak kan makanan kitorang? Ramai weyh, hampir 20 orang makan.

Next day nya, senior group family pulak dating, masak lagi. Mujur dah tak migrain. Kali ni ada ayam goreng pulak, tapi yang instant punya, Ayamas yang dalam packet. 2 packet goreng habis. Selera sungguh senior group makan. Lauk-lauk lain, ikan masak sambal, sambal kicap, umai udang, sayur midin goreng belacan, rendang dendeng. Gile tak selera makan? Semua puji sedap. Senyum sampai ke buntuts terus ! :D gedik gila aku ni kan? Haha !

6hb balik KL. Kat airport dah banjir sakan dengan airmata family aku. ~sob sob~ ye lah, jarang jumpa. Mau tak sedih? 10:00 malam sampai KL, driver Ayah jemput di KLIA.

7hb masih cuti, sibuk bayar installment kereta, rumah segala.

Minggu tu takde apa yang menarik sangat.

20hb September, it’s my Birthday! Banyak gila wishes received through FB, twitter, BBM segala ! Hadiah pun banyak. Handbags, coklat and the most special gift ever, a bouquet of flowers by Mr Lover! Awwwhhh, I am so touched. Lepas hampir 7 tahun bercinta, first time dia bagi bunga~sah tak romantic! Kahkahkah ! Ibu dengan Ayah dah bagi early present, jam tangan Elle yang ada lukisan bibir tu. Mentang-mentang bibir saya seksi! *Eh?*

Balik rumah, Ayah dengan Ibu sambut jugak birthday aku. Terharu lagi. Dah 25 tahun umur, boleh sangat kahwin ni. Gatal betul la makcik buntal ni.

October 2011

Dimulakan dengan sakit. Sigh *penghapus dosa tu oii, jangan mengeluh*. Dahlah sambutan birthday Adik yang ke-8. Nasiblah catering, takde la Ibu serabut bin serabai masak kat dapur. Aku kena gastrik, muntah-muntah terus membawa ke demam. Tak larat bangun. Sepanjang event berjalan, aku baring je dalam bilik. Bangun kejap-kejap tunjuk muka pada hadirin. Nasib saudara mara semua datang awal, sempat lah nak layan. Seharian tak makan apa-apa, lembik badan rasanya. Kawan-kawan datang belah petang, layan jugak, gagahkan diri.

Pertengahan bulan tu, ada lagi aku MC beberapa kali, teruk sangat sakitnya. Then sibuk dengan urusan beli kereta baru. Sibuk jumpa BestFriends Forever aku, Nina dengan FyfiedD. Dating time lah! Sangat syiok dapat lepaking with my BFF ni.

Hujung bulannya pulak, pegi mandi kat Desa Water Park. Bawak adik-adik pegi seronok-seronok.

November 2011

Dimulakan dengan gastric dan sembelit. 2 hari MC. Buruk rekod tahun ni dengan kekerapan MC. Takpe, penghapus dosa, Boss, sila faham lebih sikit.

Berhari raya korban dengan adik-adik je sebab Ibu balik ke Sibu, raya dengan Ayah. Cabaran besar untuk aku masak juadah raya. 2 masakan je yang berjaya aku masak, nasi planta dengan ayam masak merah. Pagi raya tu penuh meja dengan juadah pemberian jiran tetangga. Nasi impit, Rendang Ayam, Mi Bandung, Mi Tulang, Rendang Minang…uiishhh, tak terlarat nak makan.

Kerja pulak mula meronda sana-sini. Dimulakan dengan cawangan dalam KL. Minggu seterusnya, dari 14hb-16hb November ke Ipoh, 17hb-18hb November pulak ke Port Klang.

Sabtu hingga Khamis sakit lagi! Demam teruk, dalam mulut ulser teruk, batuk berdarah dan tonsil teruk..semua Maha teruk. Penghapusan dosa secara besar-besaran barangkali, banyak sangat agaknya dosa kau ni. Ayah bawak ke Hospital Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Dapat MC sehari je sebab pegi hari Ahad. Selasanya, aku pegi Klinik Damai, jumpa Dr Mazlan, dia bagi 3 hari lagi. Rehat panjang…sakit teruk. Ulser mulut menjadi-jadi bila guna ubat kumur yang HAT Tuanku Mizan bagi. Thymol Gargle namanya. Mana dengan tonsil bengkak besar sampai tak boleh makan dan minum plus bernafas dengan selesa. Jumaat masuk kerja but batuk sangat teruk. Bencinya, tak selesa, I can’t talk too much. Diam je, minum air 100plus sambil buat kerja slowly.

Sabtu pegi kenduri Aqiqah anak buah di Bukit Lagong. Ahad pulak pegi mandi kat situ jugak, bawak Danish mandi-manda. Hujan pun taknak naik pondok! Galak sungguh main air. Isnin cuti, duduk rumah dan cuba untuk pulih sepenuhnya. It’s not happened. Sakit balik, suara menghilang, siapa suruh main air tak ingat dunia? Selasa mula kerja, masuk cawangan di Sungai Wang. Tengah hari masuk office. Tapi sebelum masuk office, sempat pegi shopping kat Pavilion kejap, beli baju sehelai dua.

Hari-hari seterusnya, dihabiskan di pejabat dan settle kan kerja-kerja tertangguh yang dah bergunung tu selain buat planning untuk audit cawangan di belah selatan.

December 2011

Awal bulan prepare kerja macam biasa then 7hb malam, bertolak ke Johor. Naik KTM, tiba di JB Sentral pukul 6:00pagi. Dari JB Sentral, naik bas ke Larkin dan dari sana, naik teksi sampai Gelang Patah. Non-nego charge, RM60.00 nett without meter usage. Yes, aku akui memang jauh. Aku yang gatal nak naik train instead of drive walaupun tak berlesen sebab takut kena saman lagi.

Sampai Gelang Patah pukul 8:00pagi, check in hotel dan berehat kejap. Baru nak tido, office call twice! Memang babeng sangat! Tanya benda yang takde kena mengena dengan kerja aku. Sambung tido, Ibu pulak call~grrrrr….sabar je lah. Pukul 10:30pagi, aku terjah cawangan. Alhamdulilah, hari pertama masuk cawangan, 70% kerja aku siap. Balik awal, pukul 7:00malam dah tercapap dalam bilik. Malam tu tido lena, qadha’ balik tido yang tak cukup. Heaven!

Next day aku stay sampai malam, sampai cawangan tutup. Hari tu, another 25% kerja aku siap. Means dah 95% kerja-kerja audit siap, tinggal report dengan presentation je. Aku sendiri terkejut dengan kepantasan diri aku siapkan tugas.

Sabtu nya, aku siapkan report dan belanja makan semua staff. Beli nasi kukus ayam rempah, sesungguhnya sangat lazat. Seronok makan ramai-ramai, duduk bersila. Sambil makan bercerita. Gempak dengan hilai tawa semua. Happy.

Ahad nya, presentation pukul 11:00pagi dan terus balik KL. Encik Boss dan Mr Lover datang untuk presentation dan jemput aku balik.

Isnin dan Selasa aku ambil replacement leave. Spend masa dengan family, terutamanya Danish yang terabai sejak aku sakit dan sibuk kerja.

Hari ni baru masuk office, banyaknya kerja nak dibuat. Tapi sempat update blog. Yang penting, pandai kerja dalam kerja. Okay, sangat lapar. Perlu keluar makan.

Nanti update lagi, gambar-gambar pula barangkali. Kalau sempat ye.

Bye-bye! :D