Wednesday, June 1, 2011

Sambil tunggu seseorang.....

Hi Geng, As-salam.

It's lunch hour. Saye tengah tunggu seseorang untuk makan bersama.

Siapakah?

Jeng jeng jeng.. hihihi

Beliau sedang meeting so saye kenalah tunggu.

Sambil menunggu, saya mendengar ini:






Sangat inspiring lagu ni. Saye akan dengar pagi sebelum mula bekerja dan tiap kali ada kelapangan.


Sambil menyabarkan diri & perut yang lapar untuk terus menunggu beliau, saya ulang-ulang dengar lagu ni :)


Lagu tema Imam Muda 2, tapi sayangnya saye tak selalu dapat tonton rancangan ni di TV, balik kerja lewat, pukul 9 malam macam tu baru sampai.


Saya suka rancangan ini, musim pertama dulu memang saya tak pernah ketinggalan menonton. Imam Muda Asyraf, Hizbur, Taufik, Nuri, Azhar, Syakir *sekadar menyebut beberapa nama* adalah "sesuatu" bagi saye. "Sesuatu" yang macam mana? Nanti cerita. Beliau dah habis meeting dan saya mintak diri dulu, lapo ni :)


Bye-bye, xoxo.

Segalanya bermula disini

Assalamualaikum w.b.t, hello semua.
Ijinkan saya kenalkan diri saya dulu sebelum kita bersahabat ye. Saya Ieda Rozali, berusia 24 tahun ++ dan bakal genap 25 tahun September ini. Ni la saye *tak cantek pon*





Ieda Rozali


Background diri?

Lahir di KL *tak KL sangat kot sebab hospital nye, Hospital Angkatan Tentera Kinrara, Puchong*, bekerja di sebuah syarikat perkhidmatan kiriman wang yang situated di Leboh Pudu, Kuala Lumpur sebagai Compliance Officer & Auditor. Syarikat ini berlesen dari Bank Negara. tak faham fungsi syarikat? okey okey saya terangkan. Syarikat ini macam Bank jugak..err, example terdekat, Western Union. haaa, kami macam Western Union. Penghantaran wang ke Nepal, Bangladesh, Indonesia, Filipina, Sudan dan beberapa negara lain. Dah 2 tahun saya bekerja sepenuh masa disini. Dulu, saya pernah la kerja part time Sabtu & Ahad masa saya masih berkhidmat di sebuah Bank. Agak-agak bosan je dengan Bank, saya mintak kerja terus kat sini. Ohh, lupa pulak saya nak kenalkan nama syarikat, Remit Master Sdn Bhd. Syukur Alhamdulilah, walaupun saya cuma seorang SPM Holder, saya ni dikira antara orang yang penting jugalah dalam syarikat. Ehh, chop..maksud saya fungsi kerja saya penting, saya taklah penting sangat. kerja ni best sebab saya banyak berjalan-jalan..bukan tanpa arah tuju ye, berjalan-jalan visit cawangan. Cawangan syarikat saya ni ada 4 buah di Penang, 2 di Johor, 1 di Negeri Sembilan, 1 di Selangor & 3 di KL. Okey, ni logo syarikat saya bekerja.







Remit Master Sdn Bhd



Background Family?


Ayah orang Perak dan Ibu orang Sarawak. Sulung & only girl dalam adik beradik, means saya ada 4 adik lelaki. Sure korang ble teka kan macam mana orang Perak boleh kahwin dengan orang Sarawak. Ye betol, Ayah saya seorang Pegawai Tentera. Pangkat? nanti kita cerita bab tu. Ibu nye pulak seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Tapi kami taklah menetap di quarters tentera, kami menetap di rumah sendiri, kat Taman Batu Caves. Bukan tak seronok tinggal bersama masyarakat Tentera, Ayah saya tak bertugas disini, beliau bertugas di sinun...Sarawak nun. Family tinggal di sitok (sini, Semenanjung a.k.a Malaya kata orang Sarawak).


Bagaimana tercetusnya idea untuk blogging?
Dulu saya ni silent reader/ follower few blogs..mcm contoh :- Hanis Zalikha, Jejariruncing, IniDiariNurul (my sahabat sejak sekolah), Being Husna Hadzarami (my senior kat sekolah), sekadar menyebut beberapa blog yang saya sering baca. Datangnya idea nak blogging ni bila saya seronok tengok mereka berkongsi setiap kejadian yang berlaku disekeliling mereka. Ye lah, lain orang, lain kejadian yang dihadap setiap hari, macam tu jugak la dengan saya.
So saya harap, dengan blogging ni, saya dapat share apa saja yang saya rasa best untuk di share dengan kalian. tak kira lah ianya suka, duka, sakit, geram dan segala. Bak kata kawan saya, ini adalah terapi untuk melepaskan tekanan juga. hmmm, bagus ni, memandangkan kerja saya ni kadang-kadang menaikkan tekanan darah hingga nak tembus dari kepala, elok juga blogging boleh buat saya kurang tekanan sikit. :)


So harap-harap saya punya masa untuk terus blogging, sharing dengan semua :) Wish me luck for this ya. xoxo friends !