Tuesday, January 10, 2012

antara teman dan profesionalisme

Tajuk saja sudah killing. Ni serious matter sebenarnya. Melibatkan soal periuk nasi orang lain dan periuk nasi serta kredibiliti aku sendiri. Sound and seems like 'ditelan mati mak, diluah mati bapak' mungkin?

Sebenarnya kan, aku bukanlah seorang yang terlalu hebat. Biasa-biasa saja, manusia yang tahu bezakan mana benar dan salah, tulen dan palsu serba segala. Walaupun frasa kematangan aku sebagai manusia belum sepenuhnya, aku bukanlah seorang yang mudah untuk diperbodoh atau digula-gulakan.

Aku bertugas sebagai Auditor, yang akan menjelajah seluruh lembah Klang, Utara dan Selatan buat audit di cawangan-cawangan syarikat. Nama pun Auditor, semua orang alert yang Auditor ni datang untuk cari kesalahan sama ada kecik atau besar. Aku pula bukan jenis manusia yang suka berkompromi dengan kesalahan-kesalahan dilakukan oleh staff. yes, I know it sounds poyo dan berlagak bagus but aku telah dibayar untuk melakukan kerja tersebut dan aku juga seorang yang sangat serius dalam kerja. Kerja means kerja, no compromise. No laughing, no joking when I'm doing the checking.

Dalam masa yang sama, aku ni seorang manusia yang sangat suka berkawan. I'll be friend with anyone. Termasuk staff-staff yang berkhidmat dalam syarikat yang sama. Dalam berkawan dengan mereka, aku meletakkan batasan supaya sekiranya aku terjumpa sesuatu yang menyalahi undang-undang syarikat, aku tidak akan berbelah bagi atau teragak-agak untuk melaporkan pada pihak atasan.

Aku 'agak rapat' dengan seorang staff ni. Rapat yang aku maksudkan adalah bila aku posting anything kat FB, dia antara pengelike *ada ke ayat ni?* dan pemberi komen tegar. Verbally kami jarang bersembang sebab aku tak selalu turun ke negeri tersebut sebelum ni Cumanya terasa macam 'rapat' semasa syarikat buat majlis berbuka puasa bagi semua staff di negeri tersebut. Kami ketawa, makan, bergambar, bersembang sama-sama.

Dari segi kerja, dia nampak okay. Okay in terms of dia buat semua kerja yang aku bagi. Bukanlah direct aku bagi kerja, its monthly basis. Terdapat beberapa report yang dia dan staff-staff berkaitan harus submit kepada aku. Ya, aku tak punya masalah untuk bekerjasama dengannya dan dia juga memberikan kerjasama yang baik pada aku.

Baru-baru ni, aku 'terjah' cawangan di mana dia bertugas untuk full operational audit. Aku tahu dia tak menyenangi kedatangan aku sebab aku akan periksa setiap inci kerja dan perkara di cawangan itu tapi, hey! I'm doing my work, it's assigned by the Management and I was given an authority to check and query anything that I wish to. So what? *berlagak dahhh* You no need to show to me your 'sakit hati' face. Be profesional okay? -.-"

Okay-okay, aku betulkan emosi aku kejap. Yoga seminit.

...

...

I'm okay now, meh sambung.

Berdasarkan checking, aku find out banyak benda yang telah contra undang-undang sebenarnya. Banyak perkara tak comply, perkara tak sepatutnya berlaku. Setiap kali conference atau penerangan diberikan, jawapannya "faham", "noted" , "reti" tapi rupanya, jauh panggang dari api. It shocks me. Sangat-sangat mengejutkan dengan keberanian dia melakukan banyak hal yang bertentangan dengan polisi syarikat. Mengucap panjang, urut dada.

Aku immediate report pada superior aku, nyatakan setiap findings yang bakal mengejutkan dia. Yes, bos aku mengucap panjang. Mungkin dia tak sangka, seorang perempuan berpendidikan Degree dari sebuah universiti tempatan, bersikap sebegitu. Ye lah, sijil pendidikan takkan menunjukkan attitude seseorang. Bukan kita tahu macam mana cara dia dapatkan degree tu. Dia belajar betul-betul ke, dia belajar lebih kurang then bayar orang buat tesis/assignment ataupun dia beli degree tu? *oppsss, lebih sangat assumption aku ni but who knows one of it might be true?*

Berdasarkan findings teruk, evidence-evidence berkaitan yang aku kemukakan pada Management, mereka decided to suspend her service for 14 days. The letter was handed to her lebih kurang jam 1:45 petang tadi. She's surprised and directly call HR untuk penjelasan but nothing to be explain to her sebab harus menunggu sesi Domestic Inquiry untuk sebarang soal jawab, soal bidas dan segala.

Sebagai seorang yang tegas dalam bekerja, aku bangga sebab dapat menangkap kesalahan besar yang dilakukan oleh staff. Dengan tindakan yang sewajarnya, ini boleh memberi pengajaran pada staff lain agar tidak mengulangi kesilapan sama.

Tapi...

Jauh disudut hati aku sebagai seorang manusia, yes, aku terasa berdosa kerana mungkin akan menutup periuk nasi orang lain. Sekarang aku dituduh sebagai 'penabur pasir dalam periuk nasi orang', 'tak berhati perut', 'tak back-up kawan' dan segala. Tapi mereka yang menuduh harus ingat, dia hanya digantung kerja untuk menunggu sesi Domestic Inquiry. Sekiranya didapati tidak bersalah, dia akan bekerja seperti biasa tetapi, sekiranya didapati tersabit dengan kesalahan, mungkin hukuman buang kerja atau ditamatkan kontrak akan jatuh ke atasnya. Tapi, hukuman itu tertakluk pada peraturan HR dan undang-undang yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia, bukan atas dasar ikut suka aku, mak dia, nenek dia atau sesiapa lain.

Apalah kuasa dan daya aku untuk tutup mulut orang. Kalau tempayan ke tupperware ke, boleh lah aku tutup senang-senang. Ni orang, manusia. Mungkin mereka melabel aku sedemikian sebab mereka tak tahu situasi sebenar. Bila dah tahu nanti, mereka boleh datang dan melutut untuk minta maaf dengan aku. *Poyo*

Atas nasihat beberapa orang terdekat, aku tak perlu ambil pusing semua tu, aku jalankan tugas aku sebagai Auditor. Aku buat checking, jumpa kesalahan, aku report. Sebarang tindakan lanjut, termasuk memberi arahan penggantungan kerja, penamatan perkhidmatan atau sebagainya yang berkaitan dengan HR, itu luar dari bidang kuasa aku.

Bayangkan sekiranya aku tutup mata atau tak pandang kesalahan yang mereka buat, tak ke aku pulak akan kena soal dengan Superior aku? Kenapa masuk cawangan buat audit, tak ada findings? Unless cawangan tu benar-benar perfect dan comply peraturan yang ditetapkan oleh syarikat. Pernah aku audit 1 cawangan yang semua staff nya bekerjasama, dalam semua aspek, aku tak nampak dan tak jumpa secebis kesalahan pun, puas aku korek sana sini nak cari findings punya pasal. Boss sound aku, "aik Ieda, betol ke takde findings ni? Kena rasuah ke sampai takde findings ni?" Tapi sound nya tu dalam nada sinis je, bergurau tapi beliau memaksudkan, tak pernah dibuat orang, audit masuk tak jumpa mistake atau findings. Ye, aku faham tu.

Aku dinasihatkan oleh Ayah, dalam bekerja, kita mesti ada nawaitu yang betul. Nawaitu untuk bekerja, menimba pengalaman, mempelajari sesuatu, menjalankan tugas yang diberi dalam mencari pulangan, bayaran, gaji yang halal lagi diredhai Allah. Jangan pandang pada jumlah bayaran yang diterima, pandanglah pada pahala yang kita dapat apabila bekerja dengan nawaitu yang betul beserta keikhlasan. Bukan aku nak bersyarah kat sini, aku sendiri pun sangat sikit ilmunya untuk mendidik orang lain. Sekadar mengingatkan, mungkin...

Okay, aku perlu focus pada tugas semula. Dah banyak sangat curi masa.

Jumpa lagi di lain entry. As-salam. :)